| Siapakah sebenarnya Ulil Amri |
|
|
|
| Ditulis oleh Azman | |
| Thursday, 03 July 2008 | |
|
Assalamualaikum wbt Firman Allah swt : “Wahai orang yang beriman taatilah Allah, taatilah rasul dan orang-orang yang memerintahi urusan kamu (ulil amri).(surah an nisa’ ayat 59). Persoalannya Ustaz, Siapakah sebenarnya ulil amri yang di maksudkan oleh ayat di atas. Ini kerana kerajaan yang zalim di Malaysia pun mengaku mereka ni ulil amri. ---------------------------------- w.salam Ulamak2 tafsir berpendapat yang dimaksudkan dengan Ulil Amri dalam ayat di atas ialah dua golongan yaitu golongan pemerintah di negara umat Islam dan golongan ulamak.. Setiap pemerintah yang berkuasa didalam negara umat islam adalah dikira sebagai Ulil Amri samada mereka memerintah dengan adil atau pun zalim. Jadi pemerintah di Malaysia juga adalah Ulil amri kerana mereka memerintah pekerjaan rakyat yang terdiri dari orang Islam. namun apabila pemerintah atau ulil amri itu tidak taat kepada Allah dan Rasul maka tidak ada ketaatan kepada mereka. Jadi maksud ayat tersebut ialah : "Hendaklah kamu sekelian taat kepada perintah Allah dan taat kepada perintah Rasul dan kepada pemerintah kamu selagi mana mereka (pemerintah) taat kepada Allah dan Rasul. Jika mereka tidak lagi taat kepada Allah dan Rasul maka tidaklah kamu perlu taat kepada mereka." w allahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




