| ayat kursi-arti |
|
|
|
| Ditulis oleh mael | |
| Monday, 12 May 2008 | |
|
Soalan: Dalam ayat kursi, satu ayat bermaksud "kursi Allah meliputi langit dan bumi".Apakah maksud kursi?Boleh ustaz jelaskan?terima kasih Jawapan: Perkataan Kursiy dalam ayat tersebut ada berlaku khilaf dikalangan ulamak tafsir pada beberapa maksud. Pendapat pertama mengatakan Kursiy itu ialah ilmu Allah swt. Ini adalah pendapat imam Ibn kathir kerana mengikut pendapat Ibn Abbas r.a. Inilah pendapat yang paling masyhur. Pendapat yang kedua mengatakan yang dimaksudkan dengan Kursiy itu ialah kekuasaan Allah swt dan pendapat yang ketiga berkata bahawa yang dimaksudkan dengan kursiy itu ialah satu makhluk yang dicipta oleh Allah swt lain daripada arasy yang berada pada langit yang ketujuh dan lebih besar dari langit dan bumi. Rujukajn Kitab Tafsir Ibn Kathir dan al-Asas Fi Tafsir Said Hawwa. wallahua'lam
juzuk 1 m.s. 596 |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




