| Hafaz Al-Quran |
|
|
|
| Ditulis oleh MUHAMMAD RASHDAN BIN MAT GHANI | |
| Sunday, 25 May 2008 | |
|
assalamua'laikum ustaz... apakah hukumnya menghafaz al-quran semata-mata hendak menyertai pertadingan. Semasa pertadingan, surah yang dihafaz semuanya ingat, tapi selepas pertadingan malangnya surah yang dihafaz sudah lupa sikit-sikit. Dan apkah hukum hafaz surah kemudian lupa? terima kasih atas jawapan ustaz.....
---------------------------------------- w.salam Sesiapa yang menghafal al-quran semata-mata untuk menyertai pertandingan maka perbuatannya itu adalah dicela pada syarak kerana tujuan menghafal al-Quran adalah untuk mencari keredhaan Allah swt dan mendapat ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt diakhirat nanti. Niat menyertai pertandingan semata-mata jelas bertujuan mencari kelebihan yang dijanjikan oleh makhluk seperti mendapat hadiah, nama atau pujian atau berniat mendapat elaun menghafal al-Quran yang disediakan oleh kerajaan. Tidak berdosa seorang yang telah menghafal ayat2 Quran kemudian lupa dengan tidak disegajakannya. Tetapi jika lupa itu dengan disengajakannya seperti sengaja tidak membaca atau mengulang2kannya sampai jadi lupa maka perbuatan tersebut adalah satu dosa sebagaimana yang diterangkan oleh ulamak2 muktabar. wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




