| org kafir pgang Qur`an |
|
|
|
| Ditulis oleh mohd nafizul bin ismail | |
| Friday, 16 May 2008 | |
|
Soalan: assalamualaikum ustaz.............. bleh x org bkan islam pgang Qur`an dan bace Qur`an? mreka sntuh dan baca tafsir bleh dok? Jawapan: Berkata Imam Nawawi r.a. adalah haram orang Islam membenarkan orang bukan Islam memegang Al-Quran kerana keadaan mereka yang berhadas dan lpula tidak tahu hukum2 berkenaan menghurmati Quran. Oleh itu wajib atas orang Islam merampas Al-Quran dari tangan orang bukan Islam tersebut dan jika tidak di lakukannya pada hal ia berkuasa berbuat demikian maka berdosalah ia. Firman Allah swt yang bermaksud : "Tiada menyentuh akan Quran itu kecuali orang yang suci"
Manakala Imam Al-Hakim meriwayatkan Nabi saw bersabda yang bermaksud : "Tiada menyentuh Quran melainkan orang yang suci." Dan jika orang bukan Islam itu membaca Quran tanpa pegang maka tidak wajib dihalang melainkan jika dibaca dengan salah atau dibuat main2 dengan bacaannya itu.
wallahua'lam Rujukan Kitab At-Tibyan Fi Hamalatil Quran |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




