Kategori Artikel

Fatwa
Hadith
Sirah
Tafsir
Lain-lain

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Carta Top Blog Ukhwah.com
Kami ada 49 tetamu dan 3 pengguna online

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Kisah Berkat Disebalik Membaca Basmallah PDF Cetak Emel
Rating Pengguna: / 5
TerukBagus 
Ditulis oleh Ustaz Azhar Idrus   
Sunday, 02 March 2008

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Komen (9)Add Comment
Subhanallah
Dikomen oleh shiekh, April 22, 2008
Allahuakbar
...
Dikomen oleh wandin, May 29, 2008
subhanallah..
...
Dikomen oleh WAN MUHYIDDIN BIN WAN HARUN, June 07, 2008
SAMA-SAMALAH KITA AMALKANNYA...
kaifiat Basmalah...
Dikomen oleh wardatunnajla, August 05, 2008
SYukran ustaz.. dpt ana bmuhasabah dgn diri ini... betapa besar dan Agungnya Kalimah Allah s.w.t... Masya-Allah... Allahuakbar...
Pelik Juga Ustaz
Dikomen oleh wan mahyuddin, August 06, 2008
Assalamualaikum pembaca semua,

Cantik susunan cerita ini dan banyak pengajarannya tapi yang peliknya ialah kenapa pula malaikant jibrail datang membantu. Bukankah malaikat Jibrail hanya datang kepada nabi dan rasul. Kepada manusia tiada malaikat jibrail yang datang... yang ada hanyalah malaikt maut sahaja.

Harap dapat diperhatikan cerita ini balik kerana ditakuti dalam menyeru kebaikan kita membicarakan tentang perkara yang menyalahi aqidah Islam yang sejati

wallahu'alam.... kena rujuk ustas dan ulamak muktabar
...
Dikomen oleh pengunjung, October 31, 2008
Assalamualaikum...

apa yang peliknya, semuanya dibawah kekuasaan Allah...
...
Dikomen oleh Ahmad Amirullah Bin Mohammad, February 02, 2009
kepada WAN MAHYUDDIN,masa perang dlu pun malaikat penah tolong NABI dan sahabat...kalu malaikat datang kepada manusia sekalipun,dia xkan muncul dalam rupa yg sebenar.
MALAIKAT MAUT YG DATANG PUN X TUNJUK RUPA DIA.
emm,malaikat yg catit amalan baik dan buruk kita ' x datang kat kita ke'?
...
Dikomen oleh azman wahab, March 16, 2009
Bismillahi awwaluhu waakhirruhu. Bismillahi tawakkaltu alaLah
...
Dikomen oleh sabirah, June 21, 2010
bismillahirrahmanirrahim

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley

busy
 
< Prev   Seterusnya >