Kategori Artikel

Fatwa
Hadith
Sirah
Tafsir
Lain-lain

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Carta Top Blog Ukhwah.com
Kami ada 104 tetamu dan 2 pengguna online

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi PDF Cetak Emel
Rating Pengguna: / 6
TerukBagus 
Ditulis oleh Ustaz Azhar Idrus   
Sunday, 02 March 2008

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

 

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

 

Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

 

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

 

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

 

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

 

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

 

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

Komen (14)Add Comment
Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi
Dikomen oleh shiekh, April 22, 2008
Kisah ni sungguh menyayat hati ana...ana rasa bakti ana terhadap ibu bapa ana masih rendah..banyak lagi yang perlu ana baiki...
Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi
Dikomen oleh Nisa, April 25, 2008
smilies/kiss.gif salam.. kisah ni buat ana lebih syg pd parents ana. thnks..
Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi
Dikomen oleh Nor Hazlan, May 02, 2008
kisah ini sungguh menyayat hati dan begitu prihatin ketika menjaga ibu bapa beliau walaupun ditukarkan kepada binatang yg keji iaitu babi. Seburuk/jahat manapun tingkah laku ibubapa kita, kita mestilah menjaga beliau ketika beliau didlm kesusahan walau bagaimana sekali pun. Amin
...
Dikomen oleh cepul, May 04, 2008
kedua-duanya ini ..

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

dan ,

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

dari surah mana saya mahu tau..

wassalam


...
Dikomen oleh wan nawawi, May 05, 2008
ustaz, minta besarkan sikit font tulisan tu. kecik sangat, sakit mata nak baca. pening pale lepah baca. adoh, dok ghok chetong...
...
Dikomen oleh Syifa', May 10, 2008
Kisah ini benar2 mengajar ana tentang pentingnya berbakti kepada orang tua. Tapi ujian bagi ana untuk berdepan dengan bapa yang lalai mengerjakan solat. Ana buntu, tapi ana tetap menghormati dan menyayangi bapa ana yang telah membesarkan ana sehingga menjadi manusia yang berguna. Ana akan sentiasa berdoa moga suatu hari nanti, Allah swt memberikan cahaya taufik dan hidayah kepadanya. Walau apa pun, dia tetap bapa ana. Doakan untuk ana dan bapa ana. Amin.
...
Dikomen oleh abuafiq, May 30, 2008
Berbakti kepada ibu bapa memang wajib.Apakah cerita ini memang wujud dalam sejarah Islam untuk diceritakan sebagai panduan dan pengajaran? Harap mendapat penjelasan.
kisah pemuda beribu bapakan babi
Dikomen oleh anamuslim32, June 25, 2008
Begitu hebat seorang anak yang menjaga ibu bapanya dalam keadaan sedemikian rupa. bagaimana pula ustaz seoarang anak mengatakan dan melakukan perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati ibu bapa mereka walhal anaknya itu seorang yang warak dalam menuntut ilmu agama?
Terharunya...
Dikomen oleh seman, August 28, 2008
Selepas baca cite ni, terlintas difikiranku ini bahawa selama ini amat sedikit pengobanan ku terhadap kedua ibubapa ku..
kisah pemuda beribu bapakan babi
Dikomen oleh juki, September 26, 2008
tobat pung stara mana lah aku berbakti dgn mok pok aku,,, smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/cheesy.gif
Kisah tauladan..
Dikomen oleh mie1, December 23, 2008
Ustaz, boleh kah saya copy-paste cerita ini dan letakkan dlm forum yg biasa saya aktif? Semoga cerita ini membantu menyebarkan semangat islamiah antara kita.

Harap Ustaz tak keberatan.
...
Dikomen oleh azuan, April 26, 2009
terima kasih sgt-sgt ustaz kerana telah menulis artikal ini..
kini baru saya sedar bertapa tingginya darjat seorang anak yang soleh..
...
Dikomen oleh zual, July 02, 2009
Alhamdulilahhh..semoga cerita2 bgni dpt memberi iktibar dan pengajaran kpada kita semua..amin..
sayang ayah n ummi aku...
Dikomen oleh aku lemah., March 07, 2010
ya ALLAH... ampunilah kedua ibubapaku.. moga2 mereka tergolong dalam ahli-ahli syurga... aku x mmpu mmeberikan kemewahan kepada ayah n ummi aku melainkan aku sntiasa mendoakan utk mereka kerana aku masih blaja.. Insyallah,klw dipnjangkan umur aku nk hantar mereka p umrah.. amin....

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley

busy
 
< Prev   Seterusnya >