Kategori Artikel

Fatwa
Hadith
Sirah
Tafsir
Lain-lain

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Carta Top Blog Ukhwah.com
Kami ada 126 tetamu dan 2 pengguna online

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Sesal Yang Telewat PDF Cetak Emel
Rating Pengguna: / 13
TerukBagus 
Ditulis oleh mahbubah   
Sunday, 12 October 2008

Suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan bermaksud untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata perempuan tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.

    Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi. Kerana redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

................................................................................................

Suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan bermaksud untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata perempuan tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.

    Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi. Kerana redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

    Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu. Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: “Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Kumohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah.”

    Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Pada sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah. Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.

    Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan. Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya. Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: “pencuri! pencuri.”

    Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana. Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.

Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: “Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun.”

Yang lainnya pula berkata: “Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ.”

    Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar. Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai.

    Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.

    Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu. Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.

    Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan. Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.

    Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata: “Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!” Sambil meludah muka orang alim tersebut.
Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata: “Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua.”

    Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.

    Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah. Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.

    Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya. Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: “Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya.”

    Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: “Asalamualaikum.”

Maka terdengarlah suara oang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu:
“Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk,” kata orang alim itu menyamar diri.

“Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu,” jawab suara tadi dari dalam.

“Maaf,  saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih.”

“Jadi bagaimana caranya?” Si ibu mengeluh kehilangan akal. “Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan.”

“Jangan bimbang wahai puan,” kata orang alim tersebut. “Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan.”

    Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: “Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka.” Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.

    Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah: “Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah.”

wallahua'lam 

Komen (28)Add Comment
Kitab Hakikat Insan
Dikomen oleh Ishaqil [ Kalimantan Timur Indonesia ], October 14, 2008
Saya ada memiliki copian dari buku hakikat insan. Menurut saya wajar saja orang-orang syariat mempermasalahkan kitab tersebut karna menurut saya yang dibahas dalam kitab hakikat insan adalah ayat Mutasyaabihat yang di dalam surah Al Imaran ayat 7 : yang mana ayat-ayat mutasyaabihat dijelaskan hanya bagi orang-orang yang berakal yang dapat mengambil pelajaran. Di daerah saya tepatnya di Kalimantan Timur - Indonesia banyak sekali kitab-kitab sejenis yang intinya hampir sama dengan kitab Hakikat Insan yang berasal dari Negeri Malaysia. Bagi saya paham pelajaran mengenal Diri maka mengenal Allah adalah untuk manusia yang mendapat hidayah dari Allah dan tidak perlu untuk di perdebatkan. Nabi Muhammad SAW menerangkan kepada para sahabat tentang ilmu Tauhid dengan cara membisikan ke telingan para sahabat jadi dapatlah kita mengambil paham bahwasanya ilmu ini tidak diperuntukan untuk umum karna dapat menimbulkan fitnah bagi orang-orang yang baru mempelajarinya.
Saya melihat Allah dan Hamba seperti seorang Dalang memainkan Wayang dan mustahil dijagat raya ini ada dua kekuasaan, baik dan buruk hakikatnya datang dari Allah bagi pandangan orang-orang yang mengenal Allah.
Saya mohon maaf bila pernyataan saya ini menyinggung perasaan pembaca.

Terima Kasih
Maaf
Dikomen oleh Ishaqil [ Kalimantan Timur Indonesia ], October 14, 2008
Maaf saya bukan mengomentari Judul cerita Sesal Yang Telewat. Saya bermaksud memberikan pandangan saya tentang Kitab Hakikat Insan.

Wassalam
komen..
Dikomen oleh ainohikari, October 15, 2008
tuan Ushaqil, belajarlah adab memberi komentar.

Jika tuan teringin sangat untuk mengulas atau memberikan pandangan tentang kitab Hakikat Insan itu, ingin saya jelaskan, di RUANG INI bukan tempatnya.

Harap difahami dengan baik.

................
Komentar artikel : artikel ini amat baik untuk semua golongan. Mengajar erti patuh taat dan menghormati ibu bapa selagi mana mereka masih hidup di dunia. Cerita ini sedikit sebanyak mendatangkan keinsafan dalam diri. Seorang alim pun kadang-kadang boleh terlanjur dalam perbuatannya menyakiti ibunya, apatah lagi kita, yang agak jauh kurang amalnya berbanding si alim tadi.

Astaghfirullah hal azim. Semoga Allah berikan kita taufik dan hidayah untuk kita berbakti pada ibu bapa.
...
Dikomen oleh mann352, October 22, 2008
smilies/smiley.gif
kenapa pula ilmu hakikat insan harus disembunyikan
Dikomen oleh hafna, October 24, 2008
saya amat jahil tentang ilmu hakikat insan...mengapa pula harus disembunyikan ilmu ini...sedangkan Allah melarang keras umatnya menyembunyikan ilmu...ilmu harus disebarkan kerana ianya bekalan kita bila meninggal nanti...wallahualam
"sampaikan walau satu ayat"
hakikat insan
Dikomen oleh azmi mohd, October 24, 2008
wahai saudara2 semua.. ketahuilah kitab@ilmu hakikat insan telah difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan&ulama2 malaysia kerana ia bertentangan dgn ajaran islam..pengarang kitab tersebut iaitu "mat laksmana"yg beberapa kali mengaku dirinya tuhan dan mengeluarkan fakta2 songsang dan bercanggah dgn islam malah ketika menuntut di indonesia beliau telah makan hai anjing...ia sesat lagi menyesatkan...
Cerita
Dikomen oleh Ishaqil [ Kalimantan Timur ], October 27, 2008
Pelajaran Tauhid itu bukan di tutupi malainkan kebanyakan orang tidak mau mempelajarinya karna sudah digariskan oleh Allah dalam surat Al Imran ayat 7 tentang ayat-ayat Mutasyaabihat contohnya seperti Yaasin karna pengertian Yaasin itu hanya orang-orang yang berakal saja yang memahaminya. Kalau kita merasa punya akal tentulah kita dapat memahaminya, sebaliknya kalau tidak punya akal yach.... hanya Allah aja yang tahu dan kalau kita tidak tahu berarti kita tidak sepenuhnya perpedoman pada Al Quran. Seperti yang disebutkan dalam Al Imran ayat 7 tersebut.
Mari kita pelajari dan dipikirkan bersama dengan hati yang tenang dan bukan untuk kita debatkan dan menyalahkan.


Salam
...
Dikomen oleh dindang, November 08, 2008
dok ghok chet'tong dok ikut buku hakikak insan tuh... tok guru dia pung dok reti quran... mapuh blang c'chachang la mu... kalu mu nok sesat s'sorang ikut la mat laksmane tuh... jangang duk wak pening oghang...
...
Dikomen oleh Nick74, November 09, 2008
Assalamualaikum kawang2.Sy pon pernah baca buku tu lebih kurang 2 tahun yang lalu...last sekali pemahaman berkenaan buku tu 'Aku lah tuhan'. So kalau nak tau bacalah.
...
Dikomen oleh Zukey al-Kemamani, November 09, 2008
bakpe pulok bab buku hakikat insan tulis kat sini?Salah komen ni
jenggongjonggeng........
Dikomen oleh jenggong, November 11, 2008
sob..sob..sedihnyer. padan muke aku hahahahahahahaharun..... hahahahantu..... hahahahashim... hahahahang pasai apa?
syahdunya...
Dikomen oleh Cik Indah, November 13, 2008
erima kasih ustaz post entry ni..menyedarkan sesiapa sahaja..bila amarah menguasai, syaitan merajai..mohon Allah jauhkan kita dari azab api neraka..
Pengajaran
Dikomen oleh wan, November 17, 2008
kisah ini banyak memberi faedah kepada para pembaca dan peminat-peminat... dan cerita ini juga dapat menginsafkan para pembaca.... dan sya berharap agar kita semua dijauhi daripada peristiwa-peristiwa tersebut... dan semoga Allah menjauhkan diri kita dari azab api neraka...
wallahualam..
naper lak..
Dikomen oleh norez, November 19, 2008
salam..heran tullah..naper lain yg dipost..lain lak yg dikomen...macam2 lah..
iktibar
Dikomen oleh huffaz, November 24, 2008
salam...sedih bila baca kisah sebegini...tp mmg banyak pengajaran yang dapat dikongsi...mg dgn kisah2 tauladan ni mampu membentuk diri kita ke arah yg lbh baik dan dijauhi dr azab seksa...wallahualam
Sesal yang terlewat
Dikomen oleh mohd azman bin ismail, December 04, 2008
Baru terhantuk baru nak terngadah, itulah yang berlaku pada masa sekarang. Menyesal kemudian dah tak berguna. Orang zaman sekarang hanya beberapa kerat sahaja yang membaca kitab2 mahupun kisah teladah sebegini. Mereka dok sibuk baca majalah hiburan, novel2, cerpen, chatting yg melalaikan dan macam2 lg. Tidak hairanlah kalau mereka ni tergolong dalam kategori orang2 yang "menyesal kemudian tak berguna lagi". Kata depa "umur 40 thn baru nak beribadat". Kalu kita tahu umur kita takper la. Ingatlah wahai umat islam "Ingatilah Allah nescaya hati menjadi tenang".
Sumber??
Dikomen oleh mohd_ariffuddin, December 07, 2008
Assalamualaikum,
Rasanya adalah lebih baik..mana-mana kisah seperti ini diselitkan sekali sumbernya. Kadang-kala terjumpa juga kisah para salafus soleh dan wali Allah di mana-mana..selalunya tidak disertakan langsung sumber riwayat dan pengarangnya. Bimbang terperangkap dalam racun yahudi israeliyyat.
Harap dapat perhatian.

Ilal liqa'
KISAH
Dikomen oleh AZLIMIN, December 07, 2008
ASSALAMUALAIKUM RASANYA ADALAH LEBIH BAIK KALAU IMGAES DITUKAR SIKIT
...
Dikomen oleh Abdillah B Salleh, December 31, 2008
Assalaamualaikum.
Syukur pada Allah kerana diberi peluang dipanjangkan umur sehari lagi untuk kita memperbaiki diri,melakukan suruhan Allah SWT.
Redha Allah terletak pada redha kedua orang tuanya dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tuanya. smilies/cry.gif
Pengajaran kisah
Dikomen oleh ali_zainal, January 29, 2009
Maha Suci Allah menjadikan semua peristiwa ada hikmah disebaliknya...
Lantaran kisah ini agar menjadi pengajaran bagi semua orang iaitu seperti yang disebut dalam kisah ini adalah untuk anak, ibu, hakim dan masyarakat...
Berfikirlah sebelum bertindak...
Agama tidak pernah mengecewakan manusia, tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama...
Salam ukhwah...
Ilmu Hakikat - tuntutan bagi memperlendikkan Syariat.
Dikomen oleh Haqul Huwais, September 15, 2009
"Awalluddin Makrifatullah" (awal agama mengenal Allah). Jika dinilai lafaz 2 kalimah Syahadah itu sahaja, amat mudah. Bahkan seorang manusia bernama Ah Seng, Muthu atau Michael juga dapat melafaz dengan baik. mereka juga dapat translate makna 2 kalimah tersebut. Namun, cuba kita fikirkan: Rasullullah SAW diperintahkan mengajar serta menyampai 2 kalimah ini selama 13 tahun. setelah berhijrah ke Madinah, barulah solat, puasa, zakat dan haji diperintahkan pula. Apakah maksud semua ini? Terlalu payahkah mengajar orang2 arab Quraisy yg sememangnya fasih berbahasa arab tentang 2 kalimah syahadah ini? Ilmu inilah ilmu hakikat. mengenal Allah sebenar2nya. barulah syariat dapat dijalankan atas landasan dan fahaman yang tepat. jika tidak, diumpamakan menghantar sms atau email, tetapi malangnya nombor serta addressnya tidak tahu. mana mungkin amal kita akan valid? Sabda Nabi: "Amal tanpa ilmu (mengenal Allah) adalah sesat yang amat sangat. manakala ilmu tanpa amal, rugi yang amat sangat". fikirkanlah wahai saudara2ku. sesungguhnya Al-Quran adalah bagi mereka yang mahu berfikir. kenal diri, nescaya kita tak mudah mengatakan seseorang itu sesat. sesungguhnya, hakikatnya, hanya Allah yang ada. janganlah kita perasan akan wujud diri kita walau sebesar zarah sekalipun..
Kembali Pada Tuhan
Dikomen oleh Amirulhak, November 05, 2009
Cerminlah!..cerminkanlah kejadian ini,didalam sebuah panggung sendiwara rasa.
Bahu kanan dan kirinya adalah teman akrab
memikul beban asmara birahi tiada kehabisannya
Tubuh manusia ini terkadang lupa dia manusia
Sebutir pasir sebuah pantai
Batu-bata dari sebuah kota.
Buku Hakikat Insan.
Dikomen oleh Nurul Iman1, November 17, 2009
Assalamualaikum,

Buat teman2 yang ada menyimpan buku hakikat insan, boleh tak iman nak salinan buku ini. jika ada boleh la hubunggi iman di Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya . Jasa baik teman2 amat iman hargai, hanya Allah jua dpt membalas budi teman2.
Terima Kasih.
penglaman aku dan kitab hakikat insan
Dikomen oleh dia aku aku dia , April 01, 2010
salam........
kepda umat islam smua jgnlah kamu fitnah apa yang kamu tdak tau.....
hakikat insan adalah kitab peringkat tinggi dan amat susah difahami bg orang2 syariat buta mata ikan!!!!
jd saya syorkan carilah guru2 mursyid dan kamu akan tau kebenarannya.....
pernahkah kamu smua bergetar seluruh badan apabila mnyebut ALLAH?????? jikalau tidak maka jauhlah lg perjalanan menuju tuhanmu...
banyak lg pengalaman yang susah aku hendak terangkan disini....
jd carilah diri kamu dan kamu akan menemui tuhanmu......
cubalah smbahyang minta petunjuk dan pasti kamu menemui jawapan....
ini adalah jalan sebenar islam dan INSYAK ALLAH kamu orang BENAR.....

wassalam..........
berhentikanlah mengata,menfitnah dan mcm lg......
saya ada menjual buku hakikat insan...
Dikomen oleh kokka, June 24, 2010
sesiapa yang berminat saya ada menjual buku hakikat insan..harga boleh runding...
saya ada menjual buku hakikat insan email saya Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Dikomen oleh kokka, June 24, 2010
boleh hubungi saya untuk mendapatkan buku hakikat insan...
pemerhati
Dikomen oleh ulat, July 03, 2010
salam milie 020376(nurul iman1) kamu nk kitab hakikat insan? sya pernah chat ngan kamu.. emm kamu batalkan la niat kamu tu.. kamu makin sesat nanti.. kamu pie la merata2 kalau kamu dapat kitab hakikat insan buta2.. kamu kira btuah sgt2.. org tkkn bagi punya kalau org tahu cara kamu..
mielie
Dikomen oleh ulat, July 03, 2010
org yg blajar hakikat ni pelik2 tau perangai die.. di mesti uji kamu.. samada die nk bantu kamu atau die nk tnjuk die tu bagus sgt.. mcm aku la.. hehehhe

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley

busy
 
< Prev   Seterusnya >