1. Kalau seseorang berjunud dan tidak mandi junud selepas itu..kemudian keesokkan nya dia melakukan judud lagi, soalan saya perlukah dia mandi junud 2 kali kerana dia belum mandi wajib semasa berjudud sebelum itu.
2. Apakah hukum mengelurkan mani dengan sengaja?
Jawapan :
1. Tidak wajib mandi hadas dua kali kerana memadai dengan sekali mandi sahaja sekalipun berlaku hadas beberapa kali.
2. Haram lelaki mengeluarkan maninya dengan sengaja dan berdosa.
assalamualaikum ustaz, seorang rakan saya mempunyai baju berlambang carlsberg dan memakainya. ada sahabat2 saya yang mengatakan haram memakainya,bolehkah saya tahu apakah hujah2 jika hukum memakai pakaian itu adalah haram?
terima kasih.jazakallah
Jawapan :
Haram memakai atau mengiklankan apa saja syiar2 yang haram disi syarak.
Carlsberg adalah jenama arak yg haram dengan ijmak ulamak.
Maka apa saja yang haram jadi haram pula kita iklankan sepertimana zina itu haram maka haram kita iklankan perbuatan zina.
Judi juga haram maka haram kita pakai baju yang ada logo atau nama syarikat judi kerana itu dikira redha dgn benda yg haram sekalipun dengan alasan hati kita tidak redha cuma pakai utk suka2.
Kalau orang pakai baju yg tertulis benda2 yg aib tentang diri kita adakh kita suka?
Begitu jugalah Allah swt tidak suka kita memakai suatu yang mengaibkan agama Islam dan umat Islam.
seorang wanita telah terlanjur bersama teman lelakinya..akan tetapi mereka sekarang sedang berada di dalam situasi konflik..teman lelaki itu meminta dari wanita ini sedikit waktu dan ruang untuk dia berehat dan bertenang serta berjanji akan menghubungi wanita ini semula..walaubagaimanapun, wanita ini merasa takut dan gelisah jika dia ditinggalkan oleh teman lelaki itu..sejak awal lagi mereka telah berniat dan berjanji untuk berkahwin lebih2 lagi apabila mereka telah terlanjur..pihak keluarga telah mengenali tetapi tidak mengetahui tentang keterlanjuran mereka..persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh wanita itu sekarang?
sekian, terima kasih..
Jawapan :
Sepatutnya si lelaki bertanggung jawab dengan perbuatannya itu dan mengambilnya sebagai isteri.
Manakala perempuan ini tidak boleh memaksa lelaki tersebut berkawhin dengannya.
Apabila si lelaki enggan atau menangguhkan niat mengambilnya sebagai isteri maka jelas dia ingin lari dari bertanggung jawab.
Tidak ada apa yg boleh dilakukan olih perempuan tersebut selain bertaubat kepada Allah swt memohon diampunkan dosa dan memohon petunjuk dan memohon agar Allah swt membuka pintu hati lelaki tersebut agar timbul rasa bertanggung jawab dengan perbuatannya itu dan memohon agar Allah swt memudahkan urusan mereka berdua.
saya dan pasangan khuatir akan berlaku maksiat berterusan memandangkan perkenalan kami telah masuk 3 tahun.
hasrat berkahwin dengannya ditentang keluarga berikutan status pekerjaannya.
salah ke kalo kami ambil keputusan untuk kahwin lari@sembunyikan perkahwinan daripada family sebab takut kena buang family?
Jawapan :
Jika keluarga menentang perkahwinan dengan sebab status pekerjaan pasangan anda, bermakna jika perkara ini boleh diselesaikan maka mereka tidaklah menentang lagi kerana yg menjadi halangan ialah tidak berkenan dengan pekerjaan pasangan bukan kepada diri pasangan. Kalau memang sungguh nak mendirikan rumah tangga, carilah pekerjaan yg tidak menimbulkan masalah kepada keluarga.
Kahwin lari nampak macam selesai masalah tetapi sebenarnya menimbulkan masalah. Akibatnya menjadikan perpecahan dalam keluarga dan dendam dan sakit hati dan benci membenci. Islam tidak menyuruh perkahwinan sebegini. Perkahwinan sepatutnya mengeratkan lagi kasih sayang didalam keluarga.
Adakah dibolehkan orang islam ditanam bersebelahan dengan orang kafir? seperti yg berlaku di indonesia dimana orang islam ditanam bersebelahan dengan kafir , kubur mereka bercampuran.
Mintak ustaz perjelaskan.
sekian
terima kasih
SRO
KL
Jawapan :
Wajib atas pemerintah atau orang yg berkuasa dikalangan umat Islam menyediakan tanah perkuburan yg tidak bercampur dengan orang2 kafir. Pihak berkuasa berdosa keranamencampur kubur Islam dan kafir.
Jika tidak diberi pilihan maka tidaklah berdosa orang2 yang menjadi rakyat menanam mayat2 Islam disitu kerana keadaan mereka yg terpaksa akur dgn peraturan pemerintah namun.
Jika ada tanah lain yang boleh ditanam mayat2 Islam disitu maka wajiblah ditanam di tanah perkuburan tersebut.
Dalam 1 laman web,ada 1 perdebatan antara org tabligh dgn jemaah PAS..sy ada terbaca 1 jawapan dr org tabligh ni,die cakap,'hanya dakwah dgn cara nabi ni lah sahaja diberkati Allah,cara lain mcm ceram... Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Assalamualaikum ustaz,saya peminat no 1 ustaz.. saya ada 1 soalan,saya ada adik perempuan,dia tengah
belajar sekolah harian biasa,saya takut letak dia kt situ sebab pelajaran agama kurang,satu lg se... Read More ...
Murtad
assalamualaikum wrt...
seorang kawan saya telah memeluk agama kristrian bukan di atas kerelaan hatinya kerana dia sendiri tidak sedar atau tidak tahu bahawa dia telah dipukau untuk memasu... Read More ...
Beli Al-Quran
Assalamu'alaikum,
1) macamana caranya saya nak membawa naskah Al-Quran yang dibeli di kedai sedangkan saya tengah berhadas.
2) semasa dalam solat, saya agak sukar melafaz bacaan-bacaan... Read More ...
Isu Palestin
Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya pendapat ustz ttg isu serangan Israel ke atas Palestin. Apakah pertolongan yang dapat kita lakukan di samping doa ke atas warga Palestin? Apakah jika kita me... Read More ...