| Berdakwah Pada Teman Non-Muslim |
|
|
|
| Ditulis oleh AINI | |
| Wednesday, 10 September 2008 | |
|
assalamu'alaikum w.b.t. ya ustaz,saya ada beberapa soalan nak ditanya:
and kalau apa2 yang sy tulis ni ada yang salah maksudnya atau ayat yang sy taip ni menyebabkan terpesong akidah saya,mintak ustaz tegur....kalu slah ejaan,tak yah r tegur ustaz...malu r saye.. p/s: klu ustaz @ sape2 tak pernah dgr lagi ceramh yang Dr Zakir smpaikan ni,so sy syorkan ustaz dgar..best sgt2.Rasenye blh pinjam kat Perpustakaan Tun Sri Lanang,UKM.Nak pnjam ngan sy pun takpe... wassalam ...
.......................... w.salam 1. Tidak mengapa samada yg kita nak dakwahkan itu Kristian, Yahudi atau lain2 dari sekelian kuffar dan tidak mengapa juga jika yang kia nak dakwahkan itu adalah penganut keristian tegar seperti yg saudara maksudkan. Beberapa ramai dari kalangan paderi keristian telah menganut Islam dan mungkin keristian yang banyak mendalami agama mereka itu lebih mudah untuk menerima Islam kerana keadaan mereka yang suka kepada agama dan mempunyai ilmu. Cuma pastika diri kita mampu untuk menyampaikan dakwah kepadanya dan bersedia dengan ilmu yg nak digunakan dlam membalas hujjahnya atau mengemukan dalil apabila ditanya. 2. Ya memang beliau dikurniakan Allah swt dapat memberikan ceramah yg mampu menarik manusia ke jalan Allah. Tidak mengapa kita berikan orang2 bukan Islam kitab terjemahan Quran menurut bahasa yang mereka fahami seperti terjemahan Quran dalam versi Inggeris atau seumpamanya. Dan yang dilarang ialah memberikan kepada mereka Quran dalam versi asal berbahasa arab kerana dibimbangni mereka tidak menjaga kemuliaannya sebagaimna hak yang septutnya. Al-Quran membuka hati manusia bukan dengan bacaan yg tidak di ketahui maknanya tetapi dengan memahami makna dan maksud ayat2 didalamnya. Oleh itu masalah ini boleh di atasi dengan memberikan mereka terjemahannya Quran bukan mushaf al-Quran. wallahua'lam
|
| Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




