| Gangguan Syaitan Semasa Ramadhan |
|
|
|
| Ditulis oleh engku ahmad rizaluddin | |
| Monday, 15 September 2008 | |
|
Assalamualaikum ustaz.Selamat berpuasa kepada ustaz dan rakan-rakan seperjuangan.Saya ada 1 soalan yang saya nak bertanyakan ustaz.Seperti yang sedia maklum, pada bulan Ramadhan ini, semua iblis dan syaitan akan diberkas dan dipenjarakan. Soalan saya jika ada umat islam yang sedang nazak dan menunggu disaat kematian pada masa bulan ramadhan ini, adakah dia akan terlepas daripada gangguan syaitan semasa menghadapi sakaratul maut?
............................................ w.salam Begitulah apa yang telah sedia maklum bahawa Allah swt mengikta iblis dan syaitan apabila datangnya bulan Ramadhan sebagaimana yg datang didalam beberapa hadith yang sahih. Soalan ini telah ditanya kepada beberapa orang ulamak seperti yg tercatat dalam kitab2 yang muktabar. Mereka menjawab bahawa sesiapa yang dipelihara oleh Allah swt maka ia terlindung dari gangguan syaitan dalam bulan Ramadhan sebagaimana maksud hadith tersebut tetapi sesiapa yang hendak yang Allah swt kehendaki maka ia tidak mustahil mendapat gangguan syaitan sekalipun dalam bulan Ramadhan yang mulia. Pada hakikatnya bukan bulan yang memelihara manusia dari kesesatan tetapi Allah swt lah yang memelihara barang siapa yang ia kehendaki. wallahua'lam |
| Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




