| terjemahan doa selepas azan |
|
|
|
| Ditulis oleh hasbullah bin ismail | |
| Tuesday, 10 June 2008 | |
|
assamualaikum.......ustaz saya nok tanya......berkaitan terjemahan doa selepas azan yang siarkan didalam radio yang bermaksud "sesungguhnya kamu tidak memungkiri janji".....apa pandangan dan pendapat ustaz maksud terjemahan tersebut adakah ianya menyentuh zat Allah?
---------------------------------------------------------------- W.Salam Maksud perkataan 'sesungguhnya Tuhan tidak memungkiri janji" sebenarnya menafikan sifat yang tidak layak bagi Allah yaitu termasuk sifat2 yang mustahil. Menafikan suatu bagi Allah ialah mengisbatkan lawanya bagiNya. Allah swt bersifat dengan sifat2 kesempurnaan seperti kuasa, hidup dan lainnya. Apabila dikatakan kuasa, yang perlu kita fahami ialah zat Allah yang kuasa bukannya kuasa yang terhenti atas sifat semata2. Jadi apabila dikatakan "Allah tidak memungkiri janji" ialah Allah bukannya zat yang bersifat memungkiri janji kerana mungkir janji itu bukan sifat kholik tetapi ialah sifat makhluk. Tidak salah berkata seperti itu menurut setengah ulamak usuluddin kerana termasuk dalam menafikan barang yang tidak layak bagi Tuhan seperti kita kata Tiada Tuhan melainkan Allah. Wallahua'lam
|
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




